okay, as everyone know, yang disebut sebut oleh ramai orang yang form six ni susah. sejauh manakah susahnya form six bagi aku? akan ku ceritakan disini.
sebelum tu aku nak ceritakan bagaimana aku boleh masuk tingkatan enam, bukan diploma or matriks, kenapa aku pilih tingkatan enam dan apa hala tuju aku.
okay aku mula dengan tingkatan 5 dulu, sepanjang tingkatan 5 tu cikgu cikgu korang mesti ada tanya pasal matriks. siapa nak masuk matriks dah boleh start apply, tapi aku tak mohon sebab aku tak ambil subjek addmaths. seperti pelajar lain juga, selepas habis je spm aku beli no pin bsn untuk apply upu, nak dijadikan cerita aku dapat tawaran diploma sebenarnya, tapi itu pilihan yang keempat. pilihan pertama aku kena interview dan aku tak lepas interview itu. jadi aku berniat untuk terima tawaran diploma, tapi ibu pula yang tidak mengizinkan sebab course tu more to keseniaan. ni seni yang selebriti tu ha. so aku taknak la ambil course yang tidak diberkati ibu bapa gitu ahhaha. dan aku terfikirkan tingkatan enam. niat nak ambil tingkatan enam ni sejak tingkatan lima lagi, sebab orang kata terus jump to degree kan. so aku amik tingkatan enam di salah sebuah kolej di shah alam, dekat je dengan tempat aku tinggal. tapi aku tak boleh adapt, aku susah nak belajar dalam keadaan ramai pelajar dalam satu kelas. waktu tu pula memang awal lagi so memang ramai students. jadi aku pun bercadang nak pindah kolej sebab ada jiran aku suggest kolej tingkatan enam di Sabak Bernam, katanya ramai guru cemerlang dan kelas pun dibahagikan terus. aku pun mulalah menguruskan urusan perpindahan ke sana.
![]() |
| ha nahh sumber : google maps |
setibanya di sana, aku agak terkejut sebab aku ingat selangor ni cuma dikelilingi kawasan bandar, sebab yela kampung halaman aku di luar Selangor jadi bila parents pindah tinggal di shah alam i thought selangor ni bandar. rupanya ada kawasan luar bandar dan banyak hijau hijau sejuk mata memandang gitu di sini. maklumlah aku jarang ke kawasan utara selangor. esoknya aku terus masuk class. kelas aku tak lebih dari 20 orang. paling ramai pun di kolej ni, satu kelas tak lebih daripada 40 orang. so kau jadi mudah untuk bertanya sepanjang tempoh pembelajaran. form six ni ada tiga semester tau, so aku nak mulakan dengan semester 1. apa yang aku boleh cakap mostly assignments or kerja kursus tu belum ada so if subjek kau ambil tu banyak theory dan mostly membaca so kau kena banyak membaca dan menghafal. macam aku, semester 1 mana ada kawan ahhaaha. bukan sebab susah nak bergaul cuma most people here dah ada kawan masing masing so aku yang budak baru ni pandai pandai la hidup. jadi bila aku tiada kawan yang rapat, aku hanya habiskan masa dengan membaca buku, revision, menghafal, jadi proses pembelajaran tu jadi menarik. kalau nak tahu tips for study in form six ada dekat next posting .
semester 1 bagi aku tidaklah susah mana. kau kena pandai bahagikan masa. macam aku, internet aku beli cukup cukup je untuk langganan sebulan, sebab kalau aku beli kuota internet yang banyak aku akan lalai bermain phone sahaja. jadi aku bagi alasan dekat diri aku sendiri yang aku tak boleh bermain phone sebab internet basic sahaja. aku sejenis malas nak beli internet sebab kat rumah dah biasa guna wifi, (bukan aku yang bayar ehe.) alhamdulillah berbaloi, Tuhan izinkan aku dapat dean list untuk semester 1. okay kemudian aku nak cerita sedikit tentang semester 2, aku dah pandai bergaul dan mula memandai mandai huhuu. boleh dikatakan pointer semester 2 aku turun mendadak. nak kata bercinta tu tidak tapi ada la berkawan ehem. aku sedar malam sebelum exam pun aku boleh chatting lagi. bukan macam semester 1 aku dahulu. sudahla semester 2 ni mula sibuk dengan kerja kursus, jadual semakin padat, tapi tak apa lah, orang kata pengalaman macam ni akan buat kita insaf dan tak akan mengulanginya lagi. jadi aku mula berubah ketika semester 3. semester 3 ni sebenarnya batch kami pun sudah ramai yang berubah ahaha sebab semakin ramai yang meningkat pointernya. ada yg tak disangka sangka, berjaya naik pentas disebabkan pointer yang cemerlang, *i'm proud of my friend tiber
yall guess what, semester 3 aku perform by repeating papers yang buatkan pointer aku jatuh dulu tu and alhamdulillah, overall result also dean list, aku sangat tidak mengjangkakan semua ini ya, dahla subjek susah. yang penting korang kena pilih kawan yang benar, bukan apabila bergelar pelajar sahaja, dalam hidup ni pergi mana mana pun kena pandai pilih kawan okay? hm😚. dekat sini alhamdulillah, aku dikurniakan kawan yang baik baik, guru guru yang baik baik, classmates yang sporting dan concern. tak dinafikanlah ada juga yang tidak baik tapi kita ambil yang positive sahaja.
sepanjang tingkatan enam ini pun aku diuji dengan pelbagai perkara, berjauhan dengan family, kematian insan tersayang, tertinggal bas, jalan kaki sejauh 2km+ dengan luggage sebab sana tiada grab service, berdiri dalam bas lompat sampai 3 jam plus sebab penuh diaa tu sampai tiada tempat duduk, balik rumah sampai nya malam padahal dalam negeri juga.😠ya Allah dugaan ya belajar di tempat orang ni, tapi sumpah best ehe. and orang kata pengalaman mematangkan kita kan, jadi kena harungilah semua rintangan itu!

korang tengoklah, sampai kl sentral pun malam tau
apa yang aku boleh cakap form six ni susah dia if you tak nak study je. sebab silibus dia agak heavy untuk catch up dalam masa yang singkat. yelah setahun setengah kan. apa apa pun, pengalaman belajar ni kena manfaatkan sebaiknya ya, ha ni dah pkpd la odl la, dah tak dapat merasa semua tu. jadi kalau ada peluang belajar jauh sikit dari tempat sendiri, pergi sahaja okay?
